Di dalam sebuah ofis, kelihatan dua orang Dato' yang sedang bersembang. Mereka sedang asyik bercerita tentang kebodohan driver mereka masing-masing.
Dato' A: You tahu..
Dato' B: Apa dia?
Dato' A: I punye driver memang bodoh betul..
Dato' B: You punye driver bodoh? Tak percaye lah..
Dato' A: You tengok ni..I panggil dia. Mat, sini kejap!
Driver A: Ye tok...ade ape tok?
Dato' A: Kau ambik RM10 ni. Kau pegi kedai. Tolong belikan aku BMW sekarang!
Driver A: Baik tok, saya pegi beli sekarang..
Dato' A: Tengok?Bodoh tak driver I?hahaha
Dato' B: Hahaha..memang bodoh..tapi, driver I lagi bodoh.
Dato' A: Kenape pulak?
Dato' B: Sekarang you tengok ni I panggil dia..Ali, sini kejap!
Driver A: Ye tok.
Dato' A: Sekarang ni kau balik rumah..tolong checkkan aku dah ade kat rumah ke tak?
Driver A: Baik tok, saya pegi sekarang..
Ketawa berdekah-dekah dua orang Dato' tadi melihat kebodohan driver mereka.
Di satu sudut lain, dua orang driver tadi bertemu.
Driver A: Bodoh betul la bos aku tu..
Driver B: Kenape?
Driver A: Ade ke die bagi RM10 suruh aku beli BMW?
Driver B: Habis tu, kenape?
Driver A: Hari ni kan hari Ahad..mana ade kedai yang bukak!
Driver B: Betul jugak tu..Bos aku pun bodoh jugak..
Driver A: Kenape?
Driver B: Die suruh aku checkkan kat rumah, die ade ke tak..
Driver A: Habis tu?
Driver B: Die kan ade handphone? Telefon la sendiri rumah die tengok ade ke tak!
Ish..bodoh betul!!
Kah..kah..kah
23 August 2011
17 August 2011
KHAN YOUNIS
Assalamualaikum w.b.t
Saya cuma nak kongsi lagu ini dengan semua. Hayati dan dengarkan lagunya.. =)
KHAN YOUNIS
Maghrib Khamis
Dibasuhnya baju
Ampaian diluar jendela
Berinjat kakinya
Doakan rembulan
Keringkan jemuran
Rindu hanya satu
Esok solat Jumaat
Ingin doa mengadu
Diri yatim piatu
Malam pun larut
Khan Younis terlena dipintu
Belum pun subuh
Api menyambar
Lebur kaca jendela
Maut berjerubuh
Mayat masih disitu
Jari merah kecil
Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA
Maghrib Khamis
Dibasuhnya baju
Ampaian diluar jendela
Berinjat kakinya
Doakan rembulan
Keringkan jemuran
Rindu hanya satu
Esok solat Jumaat
Ingin doa mengadu
Diri yatim piatu
Malam pun larut
Khan Younis terlena dipintu
Belum pun subuh
Api menyambar
Lebur kaca jendela
Maut berjerubuh
Mayat masih disitu
Jari merah kecil
Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA
Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA
Khan Younis doamu tulus
Khan Younis Khan Younis
By Iya
Mohon saudara-saudari sekalian mendoakan saudara kita yang sedang berjuang di Gaza.Semoga kemenangan di tangan mereka! Amiinn..
"Ya Allah, kepada Mu sahaja lah kami bergantung dan kepada Mu sahajalah kami memohon pertolongan."
Saya cuma nak kongsi lagu ini dengan semua. Hayati dan dengarkan lagunya.. =)
KHAN YOUNIS
Maghrib Khamis
Dibasuhnya baju
Ampaian diluar jendela
Berinjat kakinya
Doakan rembulan
Keringkan jemuran
Rindu hanya satu
Esok solat Jumaat
Ingin doa mengadu
Diri yatim piatu
Malam pun larut
Khan Younis terlena dipintu
Belum pun subuh
Api menyambar
Lebur kaca jendela
Maut berjerubuh
Mayat masih disitu
Jari merah kecil
Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA
Maghrib Khamis
Dibasuhnya baju
Ampaian diluar jendela
Berinjat kakinya
Doakan rembulan
Keringkan jemuran
Rindu hanya satu
Esok solat Jumaat
Ingin doa mengadu
Diri yatim piatu
Malam pun larut
Khan Younis terlena dipintu
Belum pun subuh
Api menyambar
Lebur kaca jendela
Maut berjerubuh
Mayat masih disitu
Jari merah kecil
Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA
Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA
Khan Younis doamu tulus
Khan Younis Khan Younis
By Iya
Mohon saudara-saudari sekalian mendoakan saudara kita yang sedang berjuang di Gaza.Semoga kemenangan di tangan mereka! Amiinn..
"Ya Allah, kepada Mu sahaja lah kami bergantung dan kepada Mu sahajalah kami memohon pertolongan."
Aku takut kamu terlupa!!
Assalamualaikum w.b.t
Tersebutlah kisah ketika zaman Nabi Sulaiman a.s. Pada suatu hari, baginda terjumpa dengan seekor semut. Semut itu hidup di atas batu yang kering.
"Pasti sukar bagi semut ini untuk mendapatkan makanan" fikir Nabi Sulaiman a.s.
Lalu, baginda bertanya kepada semut tersebut,
"Mengapa kamu mencari makanan disini?"
Baginda menyoal lagi.
"Berapa banyak yang boleh kamu makan dalam sebulan?"
"Berapa banyak yang boleh kamu makan dalam sebulan?"
Jawap semut: "Wahai Nabi Allah, saya hanya memerlukan sebiji gandum sahaja sebulan."
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan,
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong."
Lalu Nabi Sulaiman pun mengambil semut tersebut.
Diletakkannya di dalam satu bekas.
Kemudian diambilnya sebiji gandum, diletakkannya ke dalam bekas dan ditutup bekas itu.
Diletakkannya di dalam satu bekas.
Kemudian diambilnya sebiji gandum, diletakkannya ke dalam bekas dan ditutup bekas itu.
"Nah, makanan mu untuk sebulan. Aku berjanji aku akan datang lagi selepas sebulan untuk memberi mu makanan." kata Nabi Sulaiman a.s.
Kemudian Nabi Allah Sulaiman meninggalkan semut itu di dalam bekas tersebut.
Selepas sebulan, baginda datang melihat semut tersebut.
Baginda mendapati semut itu hanya memakan separuh sahaja daripada sebiji gandum yang diberikan.
Baginda mendapati semut itu hanya memakan separuh sahaja daripada sebiji gandum yang diberikan.
Nabi Sulaiman bertanya,
"Mengapa kamu tidak menghabiskan sebiji gandum yang telah diberikan?
Lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut itu,
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah sahaja."
Semut menjawab,
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!"
"Memang aku akan makan sebiji gandum apabila aku sendiri yang mencarinya di atas batu tersebut. Kerana makanan itu aku cari sendiri."
"Aku bergantung sepenuhnya kepada Allah. Rezeki itu datangnya daripada Allah. Dan Allah tidak pernah lupa padaku.
"Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak yakin kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa."
Wallahua'lam..
Salam Ramadhan!
29 July 2011
15 Dalil Kelebihan Membaca Al-Quran
Assalamualaikum w.b.t
Bersempena bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, ingin saya kongsikan 15 dalil kelebihan membaca Al-Quran. Sama-sama lah kita meraikan kehadiran bulan ini dengan membaca Al-Quran. InsyaAllah.
- Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”. (Hadith Riwayat Muslim)
- Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadith Riwayat Muslim)
- Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadith Riwayat Bukhari)
- Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :
“Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
- Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
- Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran”. (Hadith Riwayat Muslim)
- Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
- Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata :
“Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran”. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
- Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadith Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)
- Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadith Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )
- Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan :
Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadith Riwayat Muslim)
- Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
“Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran”. (Hadith Riwayat Muslim )
- Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda :
“Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadith Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie & Ibnu Majah)
- Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka berdoa dengannya”. (Hadith Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)
- Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. (Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )
Bulan Ramadhan merupakan bulan Al-Quran dimana kita perlu mengisinya dengan membaca Mukjizat Teragung itu. Peluang ini hanya dapat kita rasai selama 30 hari dalam setahun sahaja.Sama-samalah kita manfaatkan bulan yang penuh berkat ini. Wallahua'lam.
21 July 2011
Boleh Saya Pinjam RM 25.00?
Pada suatu hari, Si Ibu baru pulang ke rumah dari tempat kerja. Lewat dia hari ini. Dia keluar dari kereta dengan badan yang letih dan penat. Berada di depan pintu, anak lelakinya yang baru berusia 5 tahun.
Anak : “Ibu, boleh saya bertanya satu soalan?”
Ibu : "Ya, apa dia? “ jawab Si Ibu.
Anak : “Ibu, berapa banyak gaji Ibu untuk satu jam?”
Ibu : "Itu bukan urusan awak. Mengapa awak bertanya begitu? “ berkata Si Ibu dengan marah.
Anak : “Saya hanya mahu tahu. Tolong bagitahu saya, berapa banyak gaji Ibu untuk satu jam?
Ibu : “Jika awak nak tahu, gaji Ibu RM 50.00 sejam.”
Anak : “Oh,” dia menjawab, dengan kepalanya ke bawah.
Anak : “Ibu, boleh saya pinjam RM 25.00?”
Ibu amat marah.
Ibu : “Kalau sebab itu saja awak bertanya hanya nak membeli mainan atau benda-benda karut yang lain, baik awak balik bilik sekarang dan tidur sahaja! Cuba fikirkan perasaan orang lain? Kenapa awak selalu mementingkan diri sendiri? Ibu tidak bekerja keras setiap hari untuk benda kebudak-budakan itu! “
Si anak tadi senyap tidak terkata. Perlahan-lahan dia pergi ke biliknya dan menutup pintu.
Si Ibu duduk di atas sofa. Dia mula memikirkan tentang soalan anaknya tadi. Berani anaknya bertanya soalan-soalan itu hanya untuk mendapatkan sedikit duit?
Selepas kira-kira sejam atau lebih, Si Ibu itu telah mula reda, dan mula berfikir:
Mungkin ada sesuatu yang anaknya benar-benar perlu untuk dibeli dengan RM 25.00. Sebab anaknya itu jarang sekali meminta duit daripadanya .
Si anak tadi senyap tidak terkata. Perlahan-lahan dia pergi ke biliknya dan menutup pintu.
Si Ibu duduk di atas sofa. Dia mula memikirkan tentang soalan anaknya tadi. Berani anaknya bertanya soalan-soalan itu hanya untuk mendapatkan sedikit duit?
Selepas kira-kira sejam atau lebih, Si Ibu itu telah mula reda, dan mula berfikir:
Mungkin ada sesuatu yang anaknya benar-benar perlu untuk dibeli dengan RM 25.00. Sebab anaknya itu jarang sekali meminta duit daripadanya .
Kemudian, Si Ibu melangkah ke bilik anaknya. DIbukanya pintu perlahan-lahan.
“Awak dah tidur ke? “ Soalnya.
“Belum lagi Ibu, "jawab Si Anak.
Ibu fikir, mungkin Ibu terlalu berkeras dengan awak sebentar tadi” kata Si Ibu. “Hari ni, Ibu sangat letih. Hari ini hari yang panjang untuk Ibu. Banyak kerja di pejabat tadi. Sebab itu Ibu pulang lewat. Mungkin Ibu melepaskan tekanan kepada awak tadi . Ini dia RM 25.00 yang awak minta. “
Si Anak duduk tegak, tersenyum. “Oh, thank you Ibu!” dia menjerit.
“Awak dah tidur ke? “ Soalnya.
“Belum lagi Ibu, "jawab Si Anak.
Ibu fikir, mungkin Ibu terlalu berkeras dengan awak sebentar tadi” kata Si Ibu. “Hari ni, Ibu sangat letih. Hari ini hari yang panjang untuk Ibu. Banyak kerja di pejabat tadi. Sebab itu Ibu pulang lewat. Mungkin Ibu melepaskan tekanan kepada awak tadi . Ini dia RM 25.00 yang awak minta. “
Si Anak duduk tegak, tersenyum. “Oh, thank you Ibu!” dia menjerit.
Kemudian, dia menyeluk tangannya ke bawah bantal. Dia menarik beberapa keping duit yang sudah renyuk.
Apabila Si Ibu melihat anak lelakinya itu sudah mempunyai duit, dia mula marah lagi.
Budak lelaki itu perlahan-lahan mengira duitnya, dan kemudian memandang pada Ibunya.
“Mengapa awak mahu lebih banyak duit kalau awak sudah ada? “ Si Ibu merungut.
“Kerana masih tidak cukup, tetapi sekarang sudah , “ budak kecil itu menjawab, sambil tersenyum.
“Ibu, saya mempunyai RM 50.00 sekarang. Bolehkah saya membeli satu jam masa Ibu? Sila pulang awal ke rumah esok. Saya ingin makan malam bersama Ibu. “
Si Ibu tersentak. Dia memeluk erat-erat si anak kecil itu, menitis air matanya. “Maafkan Ibu, nak..”
Apabila Si Ibu melihat anak lelakinya itu sudah mempunyai duit, dia mula marah lagi.
Budak lelaki itu perlahan-lahan mengira duitnya, dan kemudian memandang pada Ibunya.
“Mengapa awak mahu lebih banyak duit kalau awak sudah ada? “ Si Ibu merungut.
“Kerana masih tidak cukup, tetapi sekarang sudah , “ budak kecil itu menjawab, sambil tersenyum.
“Ibu, saya mempunyai RM 50.00 sekarang. Bolehkah saya membeli satu jam masa Ibu? Sila pulang awal ke rumah esok. Saya ingin makan malam bersama Ibu. “
Si Ibu tersentak. Dia memeluk erat-erat si anak kecil itu, menitis air matanya. “Maafkan Ibu, nak..”
Ia hanya peringatan ringkas untuk anda semua yang bekerja keras dalam kehidupan. Kita tidak sepatutnya membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa perlu menghabiskan sedikit masa dengan orang-orang yang benar-benar memerlukan masa itu bersama kita. Iaitu mereka yang rapat dengan hati kita. Adakah anda fikir bahawa RM50.00 anda itu amat bernilai daripada anda berada dengan seseorang yang anda cintai?
Jika kita mati esok, syarikat yang kita bekerja dengan mudah boleh menggantikan kita dalam beberapa jam sahaja. Tetapi, keluarga dan rakan-rakan yang kita tinggalkan akan merasa kehilangan anda untuk sepanjang hidup mereka.
(Dipetik daripada kiriman email BooNShaIbu)
Jika kita mati esok, syarikat yang kita bekerja dengan mudah boleh menggantikan kita dalam beberapa jam sahaja. Tetapi, keluarga dan rakan-rakan yang kita tinggalkan akan merasa kehilangan anda untuk sepanjang hidup mereka.
(Dipetik daripada kiriman email BooNShaIbu)
12 July 2011
Sunnah Orang Berjuang
Assalamualaikum w.b.t
Sejak sehari dua ni, lagu nasyid 'Sunnah Orang Berjuang" asyik terngiang-ngiang di telinga. Mudah sungguh menyentuh jiwa ini. Apa khabarnya saudara-saudaraku yang kini sedang berjuang di medan perang? Sihatkah mereka?Terbelakah anak isteri mereka?
Disini saya kongsikan bersama-sama nasyid dari Hijjaz. Bait-bait liriknya amat meruntun jiwa dan dapat menaikkan semangat anak-anak muda Islam yang mendengarkannya untuk berjuang..Hayatilah..
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Sudah sunnah
Berjuang ke jalan allah
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yg perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yg ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yg fana atau syurga
p/s: Tangan terikat di langit, kaki pula terpasak di bumi..hanya doa ku iringkan kepada saudara-saudara yang sedang berjuang di jalan Allah..InsyaAllah, Allah bersama-sama kalian...Allahuakbar!!
Sejak sehari dua ni, lagu nasyid 'Sunnah Orang Berjuang" asyik terngiang-ngiang di telinga. Mudah sungguh menyentuh jiwa ini. Apa khabarnya saudara-saudaraku yang kini sedang berjuang di medan perang? Sihatkah mereka?Terbelakah anak isteri mereka?
Disini saya kongsikan bersama-sama nasyid dari Hijjaz. Bait-bait liriknya amat meruntun jiwa dan dapat menaikkan semangat anak-anak muda Islam yang mendengarkannya untuk berjuang..Hayatilah..
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Sudah sunnah
Berjuang ke jalan allah
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yg perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yg ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yg fana atau syurga
p/s: Tangan terikat di langit, kaki pula terpasak di bumi..hanya doa ku iringkan kepada saudara-saudara yang sedang berjuang di jalan Allah..InsyaAllah, Allah bersama-sama kalian...Allahuakbar!!
05 July 2011
Nikmat Datang Sekali-Sekala, Syukur Mesti Selalu
Assalamualaikum w.b.t.
Ingin saya berkongsi dengan kalian satu cerita. Cerita mengenai perkara yang sering kali kita lupa, iaitu bersyukur. Semoga dapat kita sama-sama mengambil iktibar daripada cerita ini.
Cerita ini berkisar mengenai sepasang suami isteri yang tinggal di sebuah rumah. Mereka ini sangat baik orangnya. Suka bersedekah dan suka membantu orang yang didalam kesusahan. Si suami bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat manakala si isteri pula seorang suri rumah tangga.
Si isteri merupakan seorang yang sangat perfectionist. Dia sangat teliti dalam semua perkara, terutamanya kekemasan dan kebersihan rumahnya. Susun atur perabot, warna tema dinding, walhal, kedudukan langsir juga amat dititik beratkan oleh si isteri.
Pasangan ini hidup bahagia. Tetapi mereka masih lagi belum dikurniakan cahaya mata walaupun usia perkahwinan mereka sudah menjangkau enam tahun. Pelbagai usaha telah mereka lakukan. Doa mereka juga tidak putus-putus kepada Ilahi. Namun mereka masih lagi belum diberi rezeki yang diharap-harapkan.
Sehinggalah satu ketika, si isteri disahkan mengandung. Tersangat gembiralah mereka berdua di atas berita ini. Disahkan pula, anak didalam kandungannya lelaki. Persiapan demi persiapan dijalankan utuk menyambut kelahiran anak pertama mereka yang ditunggu-tunggu untuk sekian lama.
Dipendekkan cerita, tibalah saat kelahiran putera sulung mereka. Alhamdulillah, anak yang dilahirkan sangat comel dan sihat. Bergembira dan bersyukurlah pasangan suami isteri ini dengan kehadiran orang baru didalam keluarga mereka. Mereka menjaga anak ini bagai menatang minyak yang penuh.
Tiga tahun kemudian, anak lelaki mereka telah membesar dengan sihat. Seperti kanak-kanak lain, dia sangat suka bermain. Namun, ada satu tabiatnya yang tidak disukai oleh si ibu, anaknya suka mengoyak-ngoyakkan kertas. Yang paling disukainya, mengoyakkan kertas surat khabar. Sehingga bertimbun kertas-kertas di koyakkannya. Tabiat ini menyebabkan rumah yang tadinya bersih dan kemas, menjadi tidak teratur dan berselerak.
Si ibu yang sangat pembersih ini tidak selesa dengan perbuatan anaknya itu. Sering kali dia memarahi dan menegur anaknya. Rumahnya yang kemas dan bersih sebelum ini tidak lagi dapat diuruskan dengan baik. Hampir tidak sabar si ibu dengan perangai anaknya yang seorang itu.
Sering kali dia memarahi anaknya kerana mengoyakkan kertas. Dan setiap kali juga, si anak berjanji yang dia takkan mengoyakkan kertas lagi dan tidak akan menyelerakkan rumah lagi.
Pada suatu hari, seorang rakan lama si ibu bercadang untuk datang ke rumah. Si ibu dengan segera mengemaskan rumahnya yang berselerak. Di bersihkan ruang tamu, dapur, meja makan dan lain lain. Sedang si ibu sibuk mengemas, alangkah terkejutnya dia apabila melihat ruang tamunya kembali berselerak dengan koyakan kertas. Dilihat anaknya tadi sedang leka bermain-main dan mengoyakkan kertas di ruang tamu.
Dengan perasaan yang amat marah, menjerit si ibu sekuat hati. Terkejut si anak. Lantas dia bangun dan berlari untuk menyelamatkan diri. Si ibu mengejar. Dengan tidak disedari, si anak berlari ke pintu pagar. Melintasi jalan di hadapan rumahnya....Pang!!!
Terhenti si ibu seketika. Kaget dia. Ya Allah!!Anakku!!! Sebuah kereta dengan tidak sengaja melanggar anaknya. Bergegas si ibu menghampiri anaknya yang sudah terbaring di atas jalan. Darah mengalir tidak henti-henti dari dahi si anak. Dengan segera, dipapah tubuh anaknya yang longlai berlumuran darah ke dalam kereta. Dia bergegas ke hospital.
Sambil memandu, dia memangku anaknya diriba. Keretanya dipecut selaju yang mungkin. Perasaan amarahnya tadi bertukar menjadi penyesalan. Dalam hatinya tidak henti-henti berdoa "Ya Allah, aku bukanlah ibu yang baik. Tapi Kau selamatkanlah anakku ini Ya Allah. KepadaMu sahaja tempat aku bermohon Ya Allah!!". Air mata jatuh mencurah-curah di pipinya.
Setibanya di hospital, si anak dibawa masuk ke Bilik Kecemasan. Dia diberikan rawatan kecemasan. Tanpa henti-henti berdoa, si ibu menanti anaknya di luar pintu. Seribu penyesalan dihatinya. Hanya doa yang tidak putus-putus yang dapat dilakukan mengharapkan agar anaknya selamat.
Tidak lama selepas itu, doktor keluar dari bilik tersebut. Terpancar sinar dari mata si ibu. "Doktor, macam mana anak saya?"
Dengan perlahan doktor menjawab, "Minta maaf puan, anak puan tak dapat diselamatkan. Tuhan lebih menyayanginya. Banyakkan bersabar."
Terduduk si ibu tidak berdaya. Tanpa disedari, air matanya mencurah-curah. "Ya Allah, ujian apakah ini?" Dia masih tidak dapat menerima pemergian anak yang dikasihinya selama ini. Anaknya telah pergi untuk selama-lamanya. Dapat dia melihat dari jauh mayat anaknya yang terbaring kaku.
Pada petang itu, mayat anaknya di uruskan dan disemadikan dengan sempurna. Hati ibu mana yang dapat menahan sebak kehilangan anak yang tersayang. Anaknya dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan dengan rumahnya.
Selepas selesai, dia pulang ke rumah dengan hati yang sangat sedih. Pada malam itu, dia mengajak suaminya ke hadapan rumah. Digodek-godeknya tong sampah mencari sesuatu. Rupa-rupanya, dia mencari kertas-kertas yang telah dikoyak-koyakkan arwah anaknya. Ditaburkan kembali kertas-kertas itu ke dalam ruang tamu. Kini, baru dia sedar, rupa-rupanya selama ini kertas-kertas yang berselerak ini yang membahagiakannya. Kertas-kertas ini yang menceriakan hari-harinya. Kertas-kertas ini yang menghiburkannya setiap hari.
Namun kini segalanya sudah terlambat. Tidak akan ada lagi kelibat anaknya. Tidak akan ada lagi celoteh comel anaknya. Baru dia tersedar, Nikmat itu hanya akan datang sekali-sekala. Tapi dia sering kali terlupa untuk bersyukur atas nikmat itu setiap hari.
Wallahua'lam.
(Di kupas daripada Sesi Motivasi Pagi, Ustaz Badrul Razi)
Subscribe to:
Posts (Atom)



