21 July 2011

Boleh Saya Pinjam RM 25.00?



Pada suatu hari, Si Ibu baru pulang ke rumah dari tempat kerja. Lewat dia hari ini. Dia keluar dari kereta dengan badan yang letih dan penat. Berada di depan pintu, anak lelakinya yang baru berusia  5 tahun.

Anak      : “Ibu, boleh saya bertanya satu soalan?”
Ibu         : "Ya, apa dia? “ jawab Si Ibu.
Anak      : “Ibu, berapa banyak gaji Ibu untuk satu jam?”
Ibu         : "Itu bukan urusan awak. Mengapa awak bertanya begitu? “ berkata Si Ibu dengan marah.
Anak      : “Saya hanya mahu tahu. Tolong bagitahu saya, berapa banyak gaji Ibu untuk satu jam?
Ibu         : “Jika awak nak tahu, gaji Ibu RM 50.00 sejam.”
Anak      : “Oh,” dia menjawab, dengan kepalanya ke bawah.
Anak      : “Ibu, boleh saya pinjam RM 25.00?”

Ibu amat marah.
Ibu         : “Kalau sebab itu saja awak bertanya hanya nak membeli mainan atau benda-benda karut yang lain, baik awak balik bilik sekarang dan tidur sahaja! Cuba fikirkan perasaan orang lain? Kenapa awak selalu mementingkan diri sendiri? Ibu tidak bekerja keras setiap hari untuk benda kebudak-budakan itu! “

Si anak tadi senyap tidak terkata. Perlahan-lahan dia pergi ke biliknya dan menutup pintu.

Si Ibu duduk di atas sofa. Dia mula memikirkan tentang soalan anaknya tadi.  Berani anaknya bertanya soalan-soalan itu hanya untuk mendapatkan sedikit duit?

Selepas kira-kira sejam atau lebih, Si Ibu itu telah mula reda, dan mula berfikir:

Mungkin ada sesuatu yang anaknya benar-benar perlu untuk dibeli dengan RM 25.00. Sebab anaknya itu jarang sekali meminta duit daripadanya .

Kemudian, Si Ibu melangkah ke bilik anaknya. DIbukanya pintu perlahan-lahan.

“Awak dah tidur ke? “ Soalnya.

“Belum lagi Ibu, "jawab Si Anak.

Ibu fikir, mungkin Ibu terlalu berkeras dengan awak sebentar tadi”  kata Si Ibu. “Hari ni, Ibu sangat letih. Hari ini hari yang panjang untuk Ibu. Banyak kerja di pejabat tadi. Sebab itu Ibu pulang lewat.  Mungkin Ibu melepaskan tekanan kepada awak tadi . Ini dia RM 25.00 yang awak minta. “

Si Anak duduk tegak, tersenyum. “Oh, thank you Ibu!” dia menjerit.  

Kemudian, dia menyeluk tangannya ke bawah bantal. Dia menarik beberapa keping duit yang sudah renyuk.

Apabila Si Ibu melihat anak lelakinya itu sudah mempunyai duit, dia mula marah lagi.
Budak lelaki itu perlahan-lahan mengira duitnya, dan kemudian memandang pada Ibunya.

“Mengapa awak mahu lebih banyak duit kalau awak sudah ada? “ Si Ibu merungut.

“Kerana masih tidak cukup, tetapi sekarang sudah , “ budak kecil itu menjawab, sambil tersenyum.

“Ibu, saya mempunyai RM 50.00 sekarang. Bolehkah saya membeli satu jam masa Ibu? Sila pulang awal ke rumah esok. Saya ingin makan malam bersama Ibu. “

Si Ibu tersentak. Dia memeluk erat-erat si anak kecil itu, menitis air matanya. “Maafkan Ibu, nak..”

Ia hanya peringatan ringkas untuk anda semua yang bekerja keras dalam kehidupan. Kita tidak sepatutnya membiarkan masa berlalu begitu sahaja  tanpa perlu menghabiskan sedikit masa dengan orang-orang yang benar-benar memerlukan masa itu bersama kita. Iaitu mereka yang rapat dengan hati kita. Adakah anda fikir bahawa RM50.00 anda itu amat bernilai daripada anda berada dengan seseorang yang anda cintai?

Jika kita mati esok, syarikat yang kita bekerja dengan mudah boleh menggantikan kita dalam beberapa jam sahaja. Tetapi, keluarga dan rakan-rakan yang kita tinggalkan akan merasa kehilangan anda untuk sepanjang hidup mereka.

(Dipetik daripada kiriman email BooNShaIbu)

No comments: