11 December 2010

Diari Hamil

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi atas keizinanNya buku pertama hasil nukilan saya dan kakak saya berjaya diterbitkan November lalu. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Ummi dan Abah, Ayah dan Emak, Isteri tercinta, rakan-rakan seperjuangan dan tidak ketinggalan saudara-saudari muslimin dan muslimat.

Diari Hamil ini disusun untuk kegunaan dan rujukan ibu dan bakal ibu sepanjang tempoh mengandung orang baru yang bakal lahir. Semua orang mengimpikan cahaya mata yang sempurna dan soleh atau solehah. Sebagaimana Allah merancang, anda juga perlu merancang sebuah kelahiran yang cemerlang.

  





Buku ini merangkumi;

  • Panduan lengkap kepada bakal ibu.
  • Pendedahan perkembangan semasa bayi dan ibu sepanjang kehamilan.
  • Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.
  • Memuatkan tips-tips yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.
  • Mendedahkan panduan dan amalan yang sewajarnya sebagai seorang muslim.
  • Checklist, catatan ibu, memo ibu, (yang perlu diisi sendiri oleh si ibu) ruang-ruang meletakkan gambar ultrasound bayi anda dll.
  • Boleh dijadikan hadiah buat bayi yang bakal lahir supaya apabila telah dewasa si dia juga dapat menghayati saat-saat manis dan pahit ibu mengandungkannya.
  • Sebagai hadiah kepada isteri tersayang.
  • Khazanah paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.
Idea asal: Kamaruddin Mamat

Penulis: Khairun Nisa’ Zakaria,Muhd Mawardi Zakaria, Khulwana Hanapi
Harga: Semenanjung M’sia: RM26.00 / Sabah & S’wak: RM28.00
Kod Produk: TBBK1169
ISBN: 978-967-388-010-2
Saiz: 14 x 19 (cm)
Mukasurat: 188 ms
Tarikh produk berada di pasaran: November 2010

Boleh didapati di MPH, Popular Bookstore dan kedai-kedai buku berhampiran kediaman anda, atau  email saya di mohd_mawardi@yahoo.com untuk maklumat lanjut.Pengedar diperlukan.

3 comments:

dolfinmalaya said...

syabas mont dea!

Mawardi said...

Thank you Zack! =)

jaie said...

tahniah montdea