22 March 2011

Khusyu' didalam solat

Assalamualaikum w.b.t.


Pagi ini saya mendengar Motivasi Pagi di radio IKIM.FM. Tajuk yang dibincangkan sangat menarik. Iaitu mengenai khusyu' didalam solat. Baru saya tahu, untuk kita lebih khusyu' didalam solat, kita perlu betul-betul menenangkan diri. Dalam erti kata lain, relax didalam solat. Penceramah (minta maaf sebab tak ingat nama beliau) mengatakan, kita tidak boleh bersolat dalam keadaan tergesa-gesa atau "nak cepat je". Ini akan menyebabkan kita berada didalam gelombang Beta iaitu satu gelombang yang negatif. Dengan relax didalam solat, kita akan berada didalam gelombang theta. Orang-orang yang khusyu' berada didalam gelombang ini. Menarik bukan? Untuk mencapai gelombang ini, ia perlu bermula sebelum solat lagi. Iaitu semasa kita mengambil wudu'. Beberapa tips diberikan untuk dikongsi dan diamalkan bersama..InsyaAllah..;

  1. Mengambil masa dan tidak tergesa-gesa ketika berwudu'
  2. Berjalan dengan tenang ke tempat solat
  3. Menarik 3 kali nafas sebelum menunaikan solat
  4. Menarik 3 kali nafas sebelum setiap pergerakan didalam solat (thoma'ninah)
Untuk tahu lebih lanjut tentang rahsia didalam solat, anda boleh search : Solat dan Sains di search engine.

Wallahua'lam.

Assalamualaikum w.b.t.

2 comments:

mamaleesya said...

terima kasih sbb share..

Mawardi said...

Sama-sama..
Semoga dapat memberi manfaat kepada kita umat Islam semua..InsyaAllah..