07 July 2010

Menangani stress..


Dalam hidup kita seharian, pasti akan ada masa-masanya kita merasa stress..

Stress di tempat kerja,
Stress dgn anak2,
Stress dgn kewangan,
Stress dgn pelajaran,
dan macam-macam lagi jenis stress..

Tapi, bagaimana mahu kita menangani nya?
Adakah ia dapat ditangani dgn membiarkan sahaja ia berlau?
Mustahil sekali bukan?

Stress yang menimpa adalah sebenarnya berpunca daripada diri sendiri..
Percayalah, kita mempunyai pilihan mutlak utk stress ataupun tidak..
Ianya sama seperti mana kita mempunyai pilihan utk membeli-belah, memilih makanan yang disukai, pakaian dan sebagainya..

Jadi, mengapa kita masih stress dan tertekan jika pilihannya ada ditangan kita?
Rugilah orang-orang yang memilih utk stress..

Pada saya, ada cara utk mengatasi stress, diantaranya ialah;

Sentiasa berfikiran positif

Dalam setiap perkara ada baik dan buruknya.
Sebagai contoh,

Kita lihat ketika seorang bayi yang baru sahaja lahir..raut wajahnya amat menenangkan..comel....kulitnya lembut, pipinya gebu,matanya bersinar dan seribu satu keindahan yang tidak dapat digambarkan dgn kata2..ingin saja dikendong setiap hari..akan ku curahkan kasih sayangku kepadanya...

Tetapi, pada masa yang sama, kita tersedar bahawa utk menjaga seorang bayi amat meremehkan. Memandikannya, menyusukannya, menukar lampinnya, dan banyak lagi..lebih-lebih lagi jika dia menangis pada waktu malam..

Nah, jika kita berfikiran negatif, apakah tindakan kita?
Adakah bayi itu akan kelihatan masih comel?
Adakah perasaan kita akan masih tenang melihatnya?
Akhirnya, adakah kita dapat menikmati perasaan sebagai seorang bapa?
Dan, adakah kasih sayang kita dapat dicurahkan dgn sepenuhnya?
Tentu sekali tidak..
akhirnya..STRESS..

Bandingkan pula dengan orang yang berfikiran positif,
Ada rasionalnya kita perlu menguruskan bayi. Ini kerana bayi sangat mudah terkena jangkitan. mereka menangis juga bagus - kerana bayi akan menangis hanya jika ada sesuatu yang tidak kena. Ia akan memudahkan kita utk mengambil langkah awal. Kebersihan bayi juga perlu dijaga utk memastikannya sentiasa sihat & membesar dgn sempurna.
Denagn berfikiran positif, ia akan lebih banyak membantu bukan?

Bayangkan pula anda berada didalam sebuah kelas.
Cikgu matematik anda berkata " hari ini, kita akan buat latihan yang senang-senang sahaja.."

Semua pelajar menjadi seronok.Semua soalan dijawap dgn pantas & hari itu berakhir dgn senyuman. =)

Pada keesokannya, Cikgu matematik anda berkata lagi,
"hari ini juga, kita akan menjawap soalan yang senang-senang shj"
Saat itu, pasti anda akan merasa bosan & kurang tertarik dgn kelas tersebut..
Soalan yg tadinya menarik bertukar menjadi kurang menarik.
Semua murid menjawap ala kadar shj & kali ini mereka menjawap dgn perlahan.
Hari itu berakhir dgn perasaan dukacita..

Mengapa hal ini berlaku?Soalan yang sama, cikgu yang sama dan murid juga murid yang sama..terlampau berbeza bukan?
Ini kerana masalah yang tercipta tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menjadikan hidup manusia masih menarik..

Berfikirlah dengan positif =)

Pilihan masih ditangan kita..pilihlah yang terbaik kerana berfikiran negatif & stress tidak membantu sedikit pun, malah membebankan..

chill.. =)

No comments: