Assalamualaikum w.b.t
Tersebutlah kisah ketika zaman Nabi Sulaiman a.s. Pada suatu hari, baginda terjumpa dengan seekor semut. Semut itu hidup di atas batu yang kering.
"Pasti sukar bagi semut ini untuk mendapatkan makanan" fikir Nabi Sulaiman a.s.
Lalu, baginda bertanya kepada semut tersebut,
"Mengapa kamu mencari makanan disini?"
Baginda menyoal lagi.
"Berapa banyak yang boleh kamu makan dalam sebulan?"
"Berapa banyak yang boleh kamu makan dalam sebulan?"
Jawap semut: "Wahai Nabi Allah, saya hanya memerlukan sebiji gandum sahaja sebulan."
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan,
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong."
Lalu Nabi Sulaiman pun mengambil semut tersebut.
Diletakkannya di dalam satu bekas.
Kemudian diambilnya sebiji gandum, diletakkannya ke dalam bekas dan ditutup bekas itu.
Diletakkannya di dalam satu bekas.
Kemudian diambilnya sebiji gandum, diletakkannya ke dalam bekas dan ditutup bekas itu.
"Nah, makanan mu untuk sebulan. Aku berjanji aku akan datang lagi selepas sebulan untuk memberi mu makanan." kata Nabi Sulaiman a.s.
Kemudian Nabi Allah Sulaiman meninggalkan semut itu di dalam bekas tersebut.
Selepas sebulan, baginda datang melihat semut tersebut.
Baginda mendapati semut itu hanya memakan separuh sahaja daripada sebiji gandum yang diberikan.
Baginda mendapati semut itu hanya memakan separuh sahaja daripada sebiji gandum yang diberikan.
Nabi Sulaiman bertanya,
"Mengapa kamu tidak menghabiskan sebiji gandum yang telah diberikan?
Lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut itu,
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah sahaja."
Semut menjawab,
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!"
"Memang aku akan makan sebiji gandum apabila aku sendiri yang mencarinya di atas batu tersebut. Kerana makanan itu aku cari sendiri."
"Aku bergantung sepenuhnya kepada Allah. Rezeki itu datangnya daripada Allah. Dan Allah tidak pernah lupa padaku.
"Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak yakin kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa."
Wallahua'lam..
Salam Ramadhan!
2 comments:
manusia mmg pelupa, tp Allah itu tidak pernah melupakan..
Yup..cerita ni mengingatkan kite supaya menjadi makhluk yang bergantung sepenuhnya kepada Allah s.w.t..bukan kepada makhluk Nya yang lain..
Post a Comment