23 March 2011

Dendang Anak

Assalamualaikum w.b.t,

Seminggu yang lalu, telah berlangsung majlis walimatul urus adik perempuan saya, Khairun Syahidah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Semoga adik kesayangan saya berbahagia sehingga ke anak cucu bersama suami tercinta. =)

Ingin saya berkongsi pengalaman saya bersama satu kumpulan yang dijemput khas untuk membuat persembahan di majlis tersebut. Kumpulan itu dinamakan Dendang anak. 27 orang anggotanya. Ramai bukan?

Lagu-lagu yang dipersembahkan sangat-sangat menarik. Sedap lagunya. Lagunya berbentuk ketuhanan dan adakalanya lagu-lagu jenaka dipersembahkan. Kami sekeluarga dan para jemputan sangat terhibur dengan persembahan mereka. Tahniah saya ucapkan kepada kumpulan ini kerana memeriahkan lagi majlis adik saya. Hanya Tuhan dapat membalas budi kalian.

Pertemuan saya dengan kumpulan Dendang anak ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga pada saya, keluarga dan semua saudara-mara. Ini kerana, saya difahamkan, kumpulan ini dianggotai oleh bekas-bekas penagih yang sudah kembali ke pangkal jalan. Ia ditubuhkan dari satu program untuk golongan ini kembali ke jalan yang benar. Daripada cerita salah seorang ahli kumpulan, program ini berpusat di sebuah tempat di Jenagor, Terengganu.

Tempat ini dikatakan tidak mempunyai bekalan elektrik dan air. Mereka hidup dengan bekalan air sungai dan tiada apa-apa kemudahan seperti orang lain. Difahamkan, mereka sekumpulan akan tinggal bersama-sama, jauh daripada keluarga dan masyarakat. Disana, mereka dididik ddengan dididikan agama, disamping berkarya. Mereka akan mengasingkan diri sebelum kembali kepada masyarakat setelah betul-betul sembuh. Salah seorang ahli kumpulan mengatakan, beliau masih lagi takut untuk kembali ke kampungnya walaupun telah 2 tahun berada di Jenagor. Ini kerana beliau masih lagi merasakan dirinya tidak selamat dan akan mudah terjebak kembali kepada dadah.  Beliau memerlukan lebih masa untuk meyakinkan dirinya sendiri sebelum pulang ke sana. Beliau tak kesah untuk hidup susah di Jenagor daripada terjebak kembali kepada dadah. Ya Allah, kuatnya semangat anak muda ini!

Apa yang terkesan didalam hati saya ialah semangat anak-anak muda ini untuk BERUBAH. Bukan semua daripada kita akan dapat melakukan perkara seperti itu. Dan pada pendapat saya, mereka ini sudah pulih, tapi masalahnya adalah di masyarakat kita sendiri yang menyebabkan mereka takut akan terjebak kembali. Saya katakan pada wakil kumpulan tersebut, teruskan perjuangan kalian! InsyaAllah, Tuhan bersama-sama kalian! Sesungguhnya Hidayah itu hak Allah. Bersyukurlah kalian kerana tergolong dalam golongan yang terpilih.

Selesai sahaja majlis, saya memeluk kesemua ahli-ahli kumpulan. Berat rasanya hati ini. Kerana saya pasti, saya akan merindui mereka. Hari ini genap seminggu sudah majlis tersebut. Ingatan saya masih kuat pada mereka dan lagu-lagu mereka sentiasa di ingatan saya. Yang lebih bermakna, semangat mereka untuk berubah akan sentiasa tersemat kemas didalam hati saya. InsyaAllah.

Saya sekeluarga mendoakan semoga tuan-tuan sekalian sihat dan sentiasa berada dalam rahmat Nya.

Disini saya sertakan link Lagu yang bertajuk Puja-Puji. Hayati liriknya. semoga terhibur! =)

Sekian.

Assalamualaikum w.b.t.

4 comments:

Unknown said...

Memang best dendang anak ni bila main lagu, siap ade gerak badan lagi masa nyanyi

Mawardi said...

nanti kite jemput le mase kamu kawen lak Aid..haha

Anonymous said...

Salam, nak tanya.. macam mana nak contact dendang anak? pastu, berapa bayaran yg dikenakan utk persembahan tu?

DIN said...

Pertama kali saya berkunjung keJenagor kerna menghantar anak saya... hati saya terasa tenang sekali melihat suasana yg tenang dan hubungan yang mesra dikalangan penghuni 2x istimewa disini... tersentuh hati saya melihat betapa mulianya akhlak mereka.. adab budi bahasa sopan santun yg payah kita temui pada anak anak muda era ini... ada di sana... alhamdulillah semoga Allah memberi pada mereka semua kekuatan utk menjadi insan yg mulia disisiNya..